Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(a)
satu salinan skim itu
(a)
satu salinan skim itu hendaklah diserahsimpan dengan Ketua Pengarah bersama-sama dengan salinan aktuari dan laporan-laporan lain (jika ada) yang skim itu berasaskan padanya;
(b)
tidak lebih awal dai.
(b)
tidak lebih awal daripada satu bulan setelah salinan itu diserahsimpan sedemikian notis tentang niat untuk membuat permohonan (mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditetapkan) hendaklah disiarkan dalam Warta dan dalam tidak kurang daripada dua buah akhbar yang diluluskan oleh Ketua Pengarah; dan
(c)
bagi tempoh selama di
(c)
bagi tempoh selama lima belas hari selepas tersiarnya notis itu, satu salinan skim itu hendaklah disimpan di tiap-tiap pejabat di Malaysia bagi setiap pengendali yang berkenaan, dan hendaklah dibuka untuk pemeriksaan oleh semua anggota dan peserta pengendali yang terlibat dengan skim itu.
(2)
Ketua Pengarah boleh menyebabkan satu laporan ke atas skim itu dibuat oleh aktuari berkelayakan yang bebas dari pihak-pihak kepada skim itu dan, jika dia berbuat demikian, hendaklah menyebabkan satu salinan laporan itu dihantar kepada setiap pengendali yang berkenaan.
(3)
Salinan-salinan skim itu.
(3)
Salinan-salinan skim dan apa-apa laporan seperti itu yang disebutkan dalam subseksyen (1) (a) atau (2), atau ringkasan skim itu yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dan apa-apa laporan itu, hendaklah, kecuali setakat mana Mahkamah Tinggi atas permintaan yang dibuat bagi pihak itu mengarahkan selainnya, dihantar oleh pengendali yang berkenaan, sekurang-kurangnya lima belas hari sebelum permohonan dibuat bagi pengesahan skim itu kepada tiap-tiap peserta yang terlibat dengan skim itu.
(4)
Sesuatu permohonan kepada Mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan skim itu boleh, pada bila-bila masa sebelum pengesahan oleh Mahkamah, dibuat oleh Ketua Pengarah atau oleh mana-mana orang yang pada pendapat Mahkamah mungkin akan terlibat dengan skim itu.
(5)
Mahkamah boleh mengesahkan skim tanpa ubahsuaian atau tertakluk kepada ubahsuaian-ubahsuaian yang dipersetujui oleh pengendali yang berkenaan, atau boleh enggan mengesahkan skim itu.
(6)
Pengendali yang berkenaan hendaklah bersama dan berasingan bertanggungan membayar ganti kepada Ketua Pengarah apa-apa perbelanjaan yang dilakukan olehnya di bawah seksyen ini berkaitan dengan sesuatu skim atau skim yang dicadangkan (tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah mengenai kos); dan suatu skim hendaklah termasuk peruntukan mengenai bagaimana liabiliti itu ditanggung di antara pengendali.