Malaysia legislation

Section 53

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 53

(i)

pennyataan aset dan liabiliti setiap pengendali yang berkenaan sebagaimana pada masa sebelum sahaja pindahmilik itu, ditandatangani bagi pihak pengendali dan, dalam hal pemindahmilik, menunjukkan sama ada pindahmilik itu adalah mengenai keseluruhan perniagaan pemindahmilik dan, jika tidak, takat aset dan liabiliti pemindahmilik yang berhubungan dengan perniagaan yang dipindahmilik itu;

(ii)

satu salinan skim sebagaimana yang disahkan oleh Mahkamah, dan satu salinan perintah Mahkamah yang diperakui yang mengesahkan skim itu;

(iii)

salinan sesuatu laporan aktuari atau laporan-laporan atas mana skim itu diasaskan (iaitu laporan yang dibuat sejak salinan skim itu diserahsimpan di bawah subseksyen (1) seksyen 52); atau

(iv)

suatu akuan berkanun yang dibuat oleh pengerusi pengarah penerima pindahmilik; atau oleh pegawai utamanya yang menyatakan dengan sepenuhnya tiap-tiap bayaran yang dibuat atau yang akan dibuat kepada mana-mana jua orang oleh kerana pindahmilik itu; dan menyatakan bahawa, sepanjang yang dia percayai, tiada apa-apa bayaran lain selain dari yang dinyatakan itu telah atau akan dibuat oleh kerananya itu oleh atau dengan pengetahuan pengendali yang berkenaan.

(b)

Dalam perenggan (a) (iv) sebutan-sebutan mengenai pembuatan pembayaran termasuklah sebutan-sebutan mengenai pemindahan apa-apa jenis harta atau hak.

(2)

Apabila suatu skim di bawah seksyen 52 disahkan setiap pengendali yang berkenaan hendaklah (melainkan jika ia adalah suatu syarikat tak diperbadankan) memfailkan satu salinan skim itu dengan Pendaftar Syarikat atau, dalam hal pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi, dengan Pendaftar di bawah Akta itu.

Section 53 — TAKAFUL ACT 1984 | mylaw.my