Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
(2)
Ketua Pengarah hendaklah memasukkan ke dalam laporannya di bawah seksyen ini bagi manamana tahun, salinan atau ringkasan dokumen yang diserahsimpan dengannya dalam tahun itu di bawah seksyen 41 dan 42, selain dari dokumen-dokumen yang dikecualikan daripada subseksyen (1) dan (2) seksyen 44, dan boleh memasukkan salinan atau ringkasan dokumen yang menyertai salinan dan ringkasan dokumen yang diserahsimpan seperti tersebut di atas; dan dia boleh juga memasukkan dalam laporan itu apa-apa nota tentang dokumen atau ringkasan itu sebagaimana yang difikirkannya patut, dan salinan apa-apa suratmenyurat di antaranya dengan pengendali mengenai apa-apa dokumen seperti itu yang diserahsimpan oleh pengendali atau diterima daripada pengendali.
(3)
Apabila menerima suatu laporan di bawah seksyen ini, Menteri hendaklah membentangkan salinannya di hadapan tiap-tiap Majlis Parlimen.