Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
(1)
Mana-mana brang yang
(a)
menandatangani apa-apa dokumen yang diserahsimpan dengan Ketua Pengarah di bawah seksyen 41 atau 42, atau di bawah subseksyen
(1)
(i) seksyen 53; atau
(b)
memberi kepada Ketua Pengarah apa-apa maklumat di bawah atau bagi maksud apa-apa peruntukan lain Akta ini, hendaklah menjaga dengan wajar untuk menjamin supaya dokumen atau maklumat itu tidak palsu dalam sesuatu butir matan; dan jika dia tidak menjaga dengan wajar bagi maksud ini dan dokumen atau maklumat itu adalah palsu dalam sesuatu butir matan, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar sesuatu kewajipan yang dipertanggungkan ke atasnya oleh atau menurut kuasa Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kerana menjadi atau telah menjadi pengendali, broker takaful atau ajuster adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, dalam hal di mana tiada penalti lain diperuntukkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit dan denda harian tidak melebihi dua ratus ringgit.
(3)
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini di-lakukan oleh mana-mana syarikat atau pertubuhan perbadanan, seseorang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa bagi syarikat atau badan itu, atau yang dikatakan bertindak atas sifat itu, adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana dia sepatutnya telah jalankan, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal-keadaan.
(4)
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu syarikat atau pertubuhan perbadanan, iaitu kesalahan yang termasuk dalam pelanggaran suatu kewajipan yang dipertanggungkan hanya kepada syarikat dan pertubuhan perbadanan, mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu (sama ada menurut kuasa subseksyen (3) atau selainnya), apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan sebagai tambahan kepada, atau sebagai ganti, apa-apa denda.
(5)
Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah subseksyen (1) (a) suatu dokumen yang dikatakan sebagai ditandatangani oleh mana-mana orang hendaklah dianggap telah ditandatangani olehnya, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.