Malaysia legislation

Section 65

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 65

(2)

Jika, dalam sesuatu hal yang tersebut dalam subseksyen (1), duti harta pusaka adalah kena dilevi di Malaysia ke atas mana-mana wang perpaduan, pengendali boleh walau apa pun—

(a)

seksyen 50 (ii) Enakmen Duti Harta Pusaka 1941 bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau

(b)

subseksyen (1) seksyen 35 Ordinan Duti Harta Pusaka Sabah, membayar kepada pihak menuntut wajar sejumlah wang sebagaimana ditetapkan untuk dibayar di bawah subseksyen (1) tanpa wang perpaduan dimasukkan dalam jadual atau sijil yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b):

Dengan syarat bahawa sebelum membuat sesuatu bayaran di bawah subseksyen ini pengendali hendaklah memberi tidak kurang daripada empat belas hari notis bertulis melalui pos berdaftar kepada Pemungut Duti Harta Pusaka dengan apa-apa butir sebagaimana yang dikehendakinya.

(3)

Jika sejumlah wang dibayar di bawah subseksyen

(2)

oleh kerana sesuatu wang perpaduan dan wang perpaduan itu tidak dimasukkan dalam jadual atau sijil yang tersebut dalam subseksyen (2) dalam masa dua belas bulan setelah bayaran itu dibuat, pengendali hendaklah mendeposit bakinya dengan Perbendaharaan; tetapi sebelum mengembalikan baki itu kepada pengendali di atas permohonannya untuk membayar kepada orang yang berhak mendapat baki itu, Perbendaharaan boleh menggunakan kesemua atau sebahagian daripada jumlah wang yang didepositkan untuk membayar apa-apa duti harta pusaka yang belum berbayar yang kena dilevi atas kematian itu.

(4)

Dalam seksyen ini, "pihak menuntut wajar" ertinya seseorang yang mendakwa berhak mendapat jumlah wang yang berkenaan sebagai wasi kepada si mati, atau yang mendakwa berhak mendapat jumlah wang itu di bawah undang-undang yang berkaitan.