Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), kebenaran merancang tidak perlu—
(a)
bagi penjalanan apa-apa kerja yang perlu bagi penyenggaraan, pengelokan, atau apa-apa pengubahan lain bagi sesuatu bangunan, iaitu kerja yang menyentuh hanya bahagian dalaman bangunan itu dan yang tidak—
(i)
melibatkan apa-apa perubahan tentang penggunaan bangunan itu atau tanah yang kepadanya bangunan itu bercantum;
(ii)
menyentuh secara material rupa di sebelah luar bangunan itu;
(iii)
melibatkan apa-apa tambahan pada ketinggian atau luas lantai bangunan;
(iv)
melibatkan apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan yang menyentuh atau mungkin menyentuh susunan saliran, kebersihan, atau keteguhannya; atau
(v)
melanggar, atau terlibat dalam atau mengakibatkan ketidakselarasan dengan, mana-mana peruntukan dalam rancangan tempatan;
(b)
bagi penjalanan oleh mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang untuk mengadakan kemudahan apa-apa kerja bagi maksud memasang, memeriksa, memperbaiki, atau memperbaharui mana-mana parit, pembetung, sesalur, paip, kabel, atau radas lain, atau bagi maksud menyenggara atau memperbaiki jalan, termasuk memecah mana-mana jalan atau tanah bagi maksud itu;
(c)
bagi apa-apa penggalian, termasuklah penggalian telaga atau untuk telaga, yang dibuat dalam penjalanan biasa
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
pengendalian pertanian dalam kawasan yang dizonkan untuk pertanian;
(d)
bagi penggunaan mana-mana tanah atau bangunan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan atau tempoh yang lebih lanjut yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan bagi maksud—
(i)
suatu panggung wayang, panggung, atau pertunjukan sementara atau bergerak;
(ii)
suatu taman hiburan, pesta ria atau pameran sementara; atau
(iii)
suatu istiadat atau kebesaran sementara yang bercorak agama, sosial atau lain, dan bagi apa-apa pemajuan yang perlu untuk menghasilkan penggunaan itu;
(e)
bagi pembinaan atau pendirian di atas mana-mana tanah bangunan sementara untuk menampung pekerja yang terlibat dalam pembinaan atau pendirian suatu bangunan di atas tanah, yang baginya kebenaran untuk merancang telah diberikan;
(f)
bagi penggunaan mana-mana tanah atau bangunan dalam perkarangan suatu rumah tempat tinggal bagi apa-apa maksud yang bersampingan dengan menikmati rumah tempat tinggal itu sedemikian; atau
(g)
bagi pembuatan apa-apa perubahan secara material kepada penggunaan tanah atau bangunan yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri sebagai suatu perubahan material yang baginya kebenaran untuk merancang tidak perlu.
Perancangan Bandar dan Desa 49
Larangan terhadap pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang