Malaysia legislation

Section 31A

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 31A

Jika ketidakselarasan wujud antara mana-mana undang-undang kecil bangunan dengan rancangan pemajuan berhubung dengan mana-mana dasar dalam rancangan itu—

(a)

rancangan pemajuan hendaklah mengatasi undang-undang kecil itu; dan

(b)

pihak berkuasa yang memberikan kelulusan hendaklah memakai peruntukan undang-undang kecil bangunan itu dengan apa-apa cara dan setakat yang perlu untuk mengelakkan ketidakselarasan itu, tetapi dengan memastikan bahawa piawai kekukuhan bangunan demi keselamatan dan keselesaan penghuni dicapai berkenaan dengan pemajuan itu sebaik yang dapat semunasabahnya dicapai dalam hal keadaan itu.

Perancangan Bandar dan Desa 77

Section 31A — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my