Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(2)
Jika apa-apa ansuran caj pemajuan yang genap masanya dibayar tidak dibayar, pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah memberikan orang yang telah diberikan kebenaran merancang itu suatu notis memberitahunya mengenai keingkaran itu dan menuntut supaya bayaran itu dibuat dalam masa yang munasabah yang hendaklah ditentukan dalam notis itu.
(3)
Jika amaun yang genap masa dibayar itu masih tidak dibayar selepas masa yang dibenarkan di bawah subseksyen (2) telah luput, kesemua baki caj pemajuan itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar dan boleh dituntut dengan cara seperti mana kadar yang dituntut di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kerajaan tempatan.
(4)
Semua jumlah wang yang diterima mengenai akaun caj pemajuan hendaklah dimasukkan ke dalam kumpulan wang pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah