Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(a)
jika dokumen itu hendak disampaikan kepada sesuatu jabatan kerajaan, pihak berkuasa kereta api, atau pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, pertubuhan atau badan lain, jika dokumen dialamatkan kepada ketua jabatan kerajaan itu, pengurus besar pihak berkuasa kereta api, atau setiausaha atau seseorang pegawai utama pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, pertubuhan, atau badan lain itu di pejabat utama, pejabat cawangan, pejabat tempatan, atau pejabat berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi jabatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, atau badan lain itu, dan sama ada dihantar serah atau dihantar dengan pos berdaftar di pejabat atau ke pejabat itu;
(b)
jika dokumen itu hendak disampaikan kepada suatu perkongsian, jika dokumen itu dialamatkan kepada perkongsian itu di tempat perniagaan biasanya, mengikut nama atau gelaran yang perniagaannya dijalankan, dan sama ada dihantar serah atau dihantar dengan pos berdaftar di atau ke tempat perniagaan itu;
(c)
dalam mana-mana hal lain, jika dokumen itu dialamatkan kepada orang yang hendak disampaikan dan—
(i)
diberikan atau dikemukakan kepadanya;
98 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
(ii)
dihantar melalui pos berdaftar kepadanya; atau
(iii)
jika tidak dapat disampaikan kepadanya sendiri atau melalui pos berdaftar, diberikan atau dikemukakan kepada seseorang ahli keluarganya yang dewasa atau dilekatkan pada bahagian yang mudah dilihat di tempat kediaman atau perniagaannya yang akhir diketahui atau di tanah atau bangunan yang berhubungan dengan dokumen itu.
(2)
Suatu dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan untuk disampaikan kepada pemunya atau penghuni mana-mana tanah atau bangunan boleh dialamatkan, tanpa apa-apa nama atau perihal selanjutnya, “pemunya” atau “penghuni”, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dinamakan atau diperihalkan, tanah atau bangunan itu, dan hendaklah disifatkan sebagai disampaikan dengan sewajarnya jika dokumen itu dialamatkan sedemikian dan dihantar atau dihantar serah mengikut perenggan (1)(c).
(3)
Jika suatu dokumen disampaikan kepada suatu perkongsian mengikut perenggan (1)(b), dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai disampaikan kepada setiap seorang pekongsi.
(4)
Suatu dokumen yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan sebagai disampaikan tujuh hari selepas tarikh pendaftaran.
Pengesahan dokumen