Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Seseorang ahli, pegawai, pekhidmat, atau ejen pihak berkuasa perancang tempatan tidak boleh dikehendaki dalam mana-mana prosiding undang-undang yang pihak berkuasa perancang tempatan bukan suatu pihak, mengemukakan apa-apa rekod, daftar, atau dokumen yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen 48(2) dengan suatu salinan yang diperakui, atau hadir sebagai seorang saksi untuk membuktikan perkara dan urusan yang direkodkan di dalam rekod, daftar, atau dokumen itu, kecuali dengan perintah mahkamah yang dibuat untuk sebab khas.
100 Undang-Undang Malaysia AKTA 172