Malaysia legislation

Section 52

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 52

Penalti oleh sebab mengganggu tanda

Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran pihak berkuasa perancang tempatan, dengan sengaja memusnahkan, merosakkan, mencemarkan, mengalihkan, atau selainnya mengganggu apa-apa tanda yang ditempatkan atau didirikan bagi maksud menunjukkan apa-apa aras atau arah yang perlu untuk menjalankan maksud Akta ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—

(a)

boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; dan

(b)

boleh, sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti penalti itu, diperintahkan untuk membayar kepada pihak berkuasa perancang tempatan sejumlah wang, yang boleh didapatkan kembali sebagai denda, tidak melebihi tiga kali ganda kos bagi memperbaik atau menempatkan semula tanda itu dan

Perancangan Bandar dan Desa 101

bagi membuat apa-apa kaji ukur yang menjadi perlu oleh sebab perbuatan yang berkenaan dengannya dia disabitkan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Section 52 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my