Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
Tanggung rugi terhadap tuntutan berkenaan dengan kerosakan atau kerugian
Jika pihak berkuasa perancang tempatan, pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, melakukan apa-apa yang dikehendaki dilakukan oleh seseorang di bawah Akta ini tetapi orang itu tidak atau enggan melakukannya, dan pada atau akibat melakukan sesuatu itu, seseorang lain menanggung kerosakan atau kerugian, dan kerosakan atau kerugian itu perlu dan tidak dapat dielakkan dan bukan oleh sebab kecuaian pihak berkuasa perancang tempatan, maka orang yang ingkar itu hendaklah menanggung rugi pihak berkuasa perancang tempatan terhadap apa-apa tuntutan yang mungkin dibuat terhadapnya berkenaan dengan kerosakan atau kerugian itu.