Malaysia legislation
Section 6A
Seksyen 6A
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri hendaklah menyebabkan supaya fakta penubuhan suatu jawatankuasa perancang wilayah disiarkan dalam Warta bersama dengan tanda yang dengannya sempadan wilayah yang baginya jawatankuasa itu telah ditubuhkan dapat dikenal pasti.
(3)
Jawatankuasa perancang wilayah hendaklah terdiri daripada—
(a)
seorang Pengerusi, yang dilantik oleh Perdana Menteri;
(b)
enam orang mewakili Kerajaan Persekutuan, sekurang-kurangnya empat orang daripadanya hendaklah pegawai awam, yang dilantik oleh Menteri;
(c)
tidak lebih daripada empat orang yang mewakili Kerajaan setiap Negeri dalam wilayah itu, yang dilantik oleh Pihak
Berkuasa Negeri, seorang daripadanya hendaklah Pengarah
Negeri; dan
(d)
Yang Dipertua tiap-tiap pihak berkuasa perancang tempatan dalam wilayah itu jika pihak berkuasa itu ialah pihak berkuasa tempatan.
(4)
Seorang Setiausaha bagi jawatankuasa perancang wilayah yang hendaklah dilantik oleh Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan
Desa.
(5)
Fungsi jawatankuasa perancang wilayah adalah—
(a)
untuk menasihati dan membantu Jawatankuasa Perancang
Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan dalam wilayah itu mengenai rancangan pemajuan yang sesuai bagi wilayah itu, mengikut dasar negara;
(b)
untuk membuat dasar dan merangka suatu rancangan wilayah yang komprehensif untuk memandu dan menyelaras pemajuan wilayah itu;
Perancangan Bandar dan Desa 27
(c)
untuk merancang dan menyelaras penyediaan infrastruktur dan kemudahan bagi wilayah itu;
(d)
untuk mewujudkan proses dan tatacara yang seragam untuk digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan yang berkenaan bagi wilayah itu;
(e)
untuk mengawasi pelaksanaan piawai, garis panduan dan tatacara dalam memudahkan pemajuan wilayah itu; dan
(f)
untuk menjalankan penyelidikan yang perlu bagi perancangan wilayah itu.
(6)
Jawatankuasa perancang wilayah hendaklah memberi Majlis atau Jawatankuasa apa-apa penyata, laporan dan maklumat yang berhubungan dengan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh
Majlis atau Jawatankuasa dari semasa ke semasa.
(7)
Jawatankuasa perancang wilayah hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
BAHAGIAN IIB
RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
Rancangan fizikal negara