Malaysia legislation
Section 100
Seksyen 100
(a)
dia memakaikan cap dagangan atau tanda yang mungkin menyebabkan kesilapan bagi cap dagangan itu pada barang-barang atau perkhidmatan tanpa persetujuan tuan punya berdaftar itu; dan
(b)
dalam hal pemakaian pada barang-barang, barang-barang itu bukan barang-barang tulen tuan punya berdaftar atau pemegang lesen cap dagangan itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), suatu cap dagangan hendaklah disifatkan dipakaikan pada barang-barang atau perkhidmatan jika cap dagangan itu digunakan dalam—
(a)
apa-apa tanda atau iklan; atau
(b)
apa-apa invois, katalog, surat perniagaan, kertas perniagaan, senarai harga atau dokumen komersial lain, termasuk apa-apa dokumen sedemikian dalam apa-apa medium, dan barang-barang itu dihantar, atau perkhidmatan itu disediakan kepada seseorang menurut permintaan atau perintah yang dibuat dengan merujuk cap dagangan sebagaimana yang digunakan.
(3)
Bagi maksud subseksyen (1)—
(a)
suatu tanda hendaklah disifatkan dipakaikan pada barang-barang jika—
(i)
tanda itu dipakaikan pada barang-barang itu sendiri;
atau
(ii)
tanda itu dipakaikan pada apa-apa pembalut, label, gelendong atau benda di dalam atau yang dengannya barang-barang itu dijual, ditawarkan atau didedahkan bagi jualan atau yang ada dalam milikan bagi
Cap Dagangan 103
maksud perdagangan atau pengilangan; dan
(b)
suatu tanda hendaklah disifatkan dipakaikan pada barang-barang atau perkhidmatan jika tanda itu digunakan mengikut cara yang mungkin menyebabkan orang untuk mempercayai bahawa tanda itu merujuk, memperihalkan atau menamakan barang-barang atau perkhidmatan itu.
(4)
Mana-mana orang dengan salah—
(a)
memakaikan cap dagangan berdaftar pada barang-barang di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(i)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit bagi setiap barang-barang yang diletakkan suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi setiap barang-barang yang diletakkan suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah; atau
(ii)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap barang-barang yang diletakkan suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap barang-barang yang diletakkan suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau
(b)
memakaikan cap dagangan berdaftar pada perkhidmatan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(i)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; atau 104
Undang-Undang Malaysia
(ii)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi tujuh puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(5)
Dalam subseksyen (3)—
(a)
“pembalut” termasuk apa-apa penyumbat, kaca, botol, bekas, kotak, kapsul, sarung, bingkai atau pembungkus; dan
(b)
“label” termasuklah apa-apa gegelang atau tiket.
(6)
Dalam suatu pendakwaan di bawah seksyen ini, beban untuk membuktikan persetujuan tuan punya berdaftar cap dagangan itu hendaklah terletak pada tertuduh.
Membuat atau memiliki artikel untuk melakukan kesalahan