Malaysia legislation

Section 101

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 101

Mana-mana orang yang—

(a)

membuat suatu artikel yang direka atau disesuaikan secara spesifik untuk membuat salinan cap dagangan berdaftar atau tanda yang mungkin menyebabkan kesilapan bagi cap dagangan itu; atau

(b)

mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya suatu artikel sebagaimana dalam perenggan (a), mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa artikel itu telah, atau akan, digunakan untuk, atau dalam penjalanan, melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen 99 dan 100, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Mengimport atau menjual, dsb., barang-barang yang cap dagangan dipakaikan dengan salah

Section 101 — TRADEMARKS ACT 2019 | mylaw.my