Malaysia legislation
Section 102
Seksyen 102
(a)
mengimport ke dalam
Malaysia bagi maksud perdagangan atau pengilangan;
(b)
menjual atau menawarkan atau mendedahkan bagi jualan; atau
(c)
mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan, apa-apa barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di bawah seksyen 100, melainkan jika dia membuktikan bahawa telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah daripada melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, dia telah, pada masa pelakuan kesalahan yang dikatakan itu, tiada sebab untuk mengesyaki ketulenan cap dagangan dan atas permintaan yang dibuat oleh Penolong Pengawal sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 109, dia memberikan semua maklumat dalam pengetahuannya berkenaan dengan orang-orang yang daripadanya dia memperoleh barang-barang itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(i)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar; atau
(ii)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(c), seseorang yang mempunyai
106
Undang-Undang Malaysia dalam milikannya tiga barang-barang atau lebih yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu disifatkan sebagai mempunyai dalam milikan barang-barang itu bagi maksud perdagangan atau pengilangan.
Catatan palsu kepada Pejabat Cap Dagangan atau dalam Daftar