Malaysia legislation
Section 107
Seksyen 107
Mana-mana orang yang menggunakan di tempat perniagaannya atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan olehnya atau selainnya, perkataan “Pejabat Cap Dagangan”
atau apa-apa perkataan lain yang mencadangkan bahawa tempat perniagaannya ialah, atau secara rasminya berkaitan dengan, Pejabat Cap Dagangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.