Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Pendaftar hendaklah melaksanakan kewajipan yang dikenakan ke atasnya dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini bagi pentadbiran yang sepatutnya Akta ini.
(3)
Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Perbadanan, dalam
24
Undang-Undang Malaysia kalangan orang dalam penggajian Perbadanan, apa-apa bilangan
Timbalan Pendaftar Cap Dagangan, Penolong Pendaftar Cap
Dagangan dan pegawai lain yang perlu bagi pentadbiran yang sepatutnya Akta ini.
(4)
Tertakluk pada arahan dan kawalan am Pendaftar dan kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar, seseorang Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar boleh menjalankan apa-apa kuasa Pendaftar di bawah Akta ini.
(5)
Pendaftar hendaklah mempunyai meterai dengan reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan teraan meterai itu hendaklah diberikan pengiktirafan kehakiman dan diterima sebagai keterangan.
Perlindungan
Pendaftar,
Timbalan
Pendaftar,
Penolong
Pendaftar dan pegawai lain