Malaysia legislation

Section 112

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 112

(2)

Aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat atau premis tempat kesalahan yang dikatakan itu dilakukan dan butiran mengenai kesalahan yang dikatakan di bawah Akta ini.

(3)

Jika aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) berhubung dengan suatu cap dagangan yang tidak serupa dengan cap dagangan berdaftar, mana-mana tuan punya berdaftar atau pemegang lesen hendaklah mendapatkan penentusahan Pendaftar mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan untuk dikemukakan kepada Penolong Pengawal.

(4)

Penentusahan Pendaftar di bawah subseksyen (3), hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah undang-undang.

Cap Dagangan 111

Kuasa mengumpul maklumat

Kuasa Penolong Pengawal untuk menghendaki pemberian maklumat