Malaysia legislation

Section 114

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 114

(2)

Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperaku sah oleh Penolong Pengawal sebagai suatu salinan benar dokumen itu.

(3)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperaku sah bagi dokumen itu boleh diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.

(4)

Jika Penolong Pengawal berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Penolong Pengawal boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu, dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

Kerahsiaan