Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 11

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau mana-mana pegawai lain, berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

(b)

mana-mana pegawai lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan

Pendaftar, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan atas kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.

Pejabat Cap Dagangan dan pejabat cawangan lain

Section 11 — TRADEMARKS ACT 2019 | mylaw.my