Malaysia legislation
Section 120
Seksyen 120
(a)
dia boleh, bagi maksud memastikan sama ada apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, memeriksa apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda dan memasuki mana-mana premis selain premis yang digunakan sebagai tempat kediaman sahaja;
(b)
jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, dia boleh menyita dan menahan apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda bagi maksud memastikan, dengan cara menguji atau dengan cara lain, sama ada kesalahan itu telah dilakukan;
(c)
dia boleh menyita dan menahan apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mungkin dikehendaki sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
(d)
dia boleh, bagi maksud menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, menyita barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda, tetapi hanya jika dan setakat yang semunasabahnya perlu untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana perintah yang dibuat di bawah
Akta ini dituruti dengan sewajarnya, menghendaki mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian supaya memecah buka apa-apa bekas atau membuka apa-apa mesin penjualan dan, jika orang itu tidak mematuhi kehendak itu, dia sendiri boleh berbuat demikian.
(2)
Seseorang Penolong Pengawal yang menyita apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini hendaklah memaklumkan orang yang daripadanya barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu disita dan, dalam hal barang-barang yang disita daripada mesin penjualan, orang yang nama dan alamatnya dinyatakan pada mesin itu sebagai tuan punya atau, jika tiada nama dan alamat dinyatakan sedemikian, penghuni premis tempat mesin itu berada atau penghuni premis yang padanya mesin itu dilekatkan.
118
Undang-Undang Malaysia
(3)
Jika barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita oleh Penolong Pengawal pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini disebabkan oleh jenis, saiz atau amaunnya tidak praktik untuk dipindahkan dari tempat barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dijumpai, dia boleh dengan apa-apa cara mengelak barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dijumpai dan menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kuasa yang sah untuk memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak itu atau untuk memindahkan barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu atau untuk cuba berbuat demikian.
Majistret boleh mengeluarkan waran geledah