Malaysia legislation

Section 123

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 123

(2)

Sebagai tambahan, Penolong Pengawal dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 120, 121 dan 122—

(a)

boleh memeriksa pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan

(b)

boleh menghendaki—

(i)

orang yang, olehnya atau bagi pihaknya, Penolong

Pengawal itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki komputer itu sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau

(ii)

orang yang bertanggungjawab, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu berkaitan dengan maklumat atau data, untuk memberinya apa-apa bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.

(3)

Penolong Pengawal boleh membuat salinan atau mengambil cabutan maklumat berekod atau data berkomputer atau berdigital itu jika difikirkannya perlu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod dan data berkomputer atau berdigital itu.

Cap Dagangan 121

Pemberian maklumat