Malaysia legislation

Section 127

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 127

(2)

Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu hendaklah dikira dan disifatkan dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika suatu tuntutan kepada barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dan bahawa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada Penolong Pengawal bahawa dia menuntut barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu.

(5)

Apabila diterima notis itu Penolong Pengawal hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengawal yang boleh mengarahkan supaya barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau boleh mengarahkan Penolong

Pengawal supaya merujukkan perkara itu kepada mahkamah untuk keputusan.

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dan orang yang daripadanya barang-barang,

124

Undang-Undang Malaysia dokumen, bahan, artikel atau benda itu telah disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dilucuthakkan atau boleh jika tidak dibuktikan sedemikian memerintahkan supaya barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu itu dilepaskan.

(7)

Semua barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengawal.

Pelepasan barang-barang, dsb., yang disita