Malaysia legislation
Section 130
Seksyen 130
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.