Malaysia legislation
Section 136
Seksyen 136
Pengkompaunan kesalahan
(a)
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaun;
(b)
kriteria untuk mengkompuan kesalahan itu; dan
(c)
kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
(2)
Pengawal boleh, dengan keizinan secara bertulis oleh
Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum sesuatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengawal suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
(3)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu
128
Undang-Undang Malaysia terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Pengawal boleh melucuthakkan atau memulangkan apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita berkenaan dengan kesalahan itu, tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengawal.
(5)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengawal di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Prinsipal bertanggungjawab bagi perbuatan pekhidmat atau ejen