Malaysia legislation

Section 137

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 137

Jika pekhidmat atau ejen seseorang melakukan suatu kesalahan atau membuat apa-apa atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan yang jika dibuat atau ditinggalkan oleh orang itu akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, orang itu hendaklah, walaupun orang itu tiada pengetahuan mengenai kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum bagi kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—

(a)

perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu bukan dalam skop biasa pekerjaan pekhidmat atau agensi ejen itu; atau

(b)

perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu telah dilakukan atau ditinggalkan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan atau peninggalan itu sebagaimana yang sepatutnya dilakukannya dengan mengambil kira segala hal keadaan kes itu.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Section 137 — TRADEMARKS ACT 2019 | mylaw.my