Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Cap Dagangan 25
(2)
Mana-mana orang boleh memohon bagi suatu pendapat dan hasil carian awal itu mengikut bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(3)
Walau apa pun suatu permohonan bagi pendaftaran cap dagangan telah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan Pendaftar telah memberikan pendapat atau hasil carian awal dalam bentuk afirmatif, Pendaftar, selepas penyiasatan atau pertimbangan selanjutnya, boleh membangkitkan apa-apa penolakan yang menyebabkan cap dagangan itu tidak boleh didaftarkan.
(4)
Dalam hal keadaan di bawah subseksyen (3), pemohon adalah berhak kepada apa-apa fi yang dibayar atas pemfailan permohonan dikembalikan kepadanya tertakluk pada syarat yang ditetapkan, apabila memberikan notis penarikan balik permohonan itu dalam tempoh yang ditetapkan.
(5)
Permohonan yang dibuat oleh pemohon dalam subseksyen (2), dan pendapat dan hasil carian awal yang diberikan oleh Pendaftar adalah rahsia dan tidak boleh dibuka untuk pemeriksaan awam.
26
Undang-Undang Malaysia