Malaysia legislation

Section 143

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 143

Perakuan kesahan

Jika dalam mana-mana prosiding undang-undang yang kesahan suatu cap dagangan berdaftar dipersoalkan dan keputusan dibuat memihak kepada tuan punya berdaftar, Mahkamah bolehlah memperakui yang demikian dan jika Mahkamah memperakui sedemikian dalam mana-mana prosiding undang-undang yang kemudian yang kesahan pendaftaran dipersoalkan tuan punya berdaftar apabila memperoleh suatu perintah atau penghakiman muktamad yang memihak kepadanya hendaklah mendapat kos, bayaran dan perbelanjaan penuh sebagai antara peguam cara dengan pelanggan, melainkan jika dalam perbicaraan yang kemudian itu

Mahkamah memperakui bahawa tuan punya berdaftar itu tidak patut mendapatnya.