Malaysia legislation
Section 145
Seksyen 145
Salinan dokumen yang dimeterai hendaklah menjadi keterangan
(2)
Suatu pemberitahuan atau perakuan pendaftaran boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di hadapan
Cap Dagangan 133
mana-mana mahkamah undang-undang tanpa apa-apa bukti lanjut atau pengemukaan yang asal.
(3)
Suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh
Pendaftar mengenai apa-apa perbuatan yang dia diberi kuasa untuk melakukan dan yang dia telah atau belum melakukan hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah undang-undang mengenai hal yang dia telah melakukan atau belum melakukan perbuatan itu.
(4)
Tiada seorang pun dalam penggajian Perbadanan dikehendaki hadir ke mahkamah bagi maksud untuk mengemukakan—
(a)
apa-apa dokumen yang berhubungan dengan permohonan cap dagangan atau cap dagangan berdaftar yang boleh diperoleh di bawah peruntukan
Akta ini; atau
(b)
apa-apa dokumen yang ditetapkan sebagai rahsia, tidak terbuka untuk pemeriksaan awam atau diadakan kepada mana-mana pihak ketiga mengikut Akta ini.
Maklumat elektronik, dsb., yang diperaku oleh Pendaftar boleh diterima sebagai keterangan