Malaysia legislation

Section 146

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 146

Apa-apa bentuk, maklumat atau dokumen, salinan atau cabutan daripada apa-apa bentuk, maklumat atau dokumen yang difailkan secara elektronik dengan Pendaftar atau yang dikeluarkan oleh

Pendaftar, hendaklah menjadi cabutan sebenar daripada apa-apa bentuk, maklumat atau dokumen yang difailkan dengan atau dikemukakan kepada Pendaftar sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan mengikut bentuk, maklumat, dokumen, salinan atau cabutan itu.

Menteri boleh mengisytiharkan dokumen negara asing mengenai cap dagangan sebagai boleh diterima sebagai keterangan