Malaysia legislation

Section 147

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 147

(a)

dokumen itu dimeterai dengan meterai pegawai yang diberi kuasa atau kerajaan negara asing itu dan meterai itu mengenai cap dagangan yang didaftarkan di dalam atau diiktiraf selainnya oleh negara asing itu atau jika tiada apa-apa meterai, perlu disertakan perakuan yang ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa itu yang bermaksud dokumen hendaklah menjadi keterangan mengenai perkara yang terkandung di dalamnya; dan

(b)

negara asing itu atau sebahagian daripadanya telah membuat perkiraan salingan dengan

Kerajaan

Malaysia mengenai kebolehterimaan dokumen itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya seseorang atau pihak berkuasa yang diberi kuasa oleh kerajaan negara asing untuk menyimpan dan menyenggara suatu daftar atau rekod cap dagangan lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap dagangan;

(b)

“dokumen” ertinya—

(i)

suatu salinan cabutan bercetak atau bertulis atau rekod cap dagangan lain yang disimpan dan disenggara di dalam negara asing di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di dalam negara asing itu yang berhubungan dengan cap dagangan; atau

(ii)

apa-apa dokumen lain mengenai apa-apa perkara atau perbuatan berhubung dengan cap dagangan yang didaftarkan dalam negara asing itu atau selainnya yang diiktiraf oleh negara asing itu sebagai cap dagangan; dan

(c)

“cap dagangan” ertinya apa-apa tanda termasuklah yang berikut atau apa-apa gabungan yang berikut, iaitu, apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, label, tiket, bentuk

Cap Dagangan 135

barang-barang atau bungkusannya, warna (sama ada warna tunggal atau suatu gabungan warna), bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan bagi maksud menunjukkan atau untuk menunjukkan suatu kaitan dalam penjalanan perdagangan antara barang-barang atau perkhidmatan dan seseorang yang mempunyai hak sama ada sebagai tuan punya atau pemegang lesen untuk menggunakan cap dagangan (di negara asing itu) sama ada dengan atau tanpa apa-apa petunjuk identiti orang itu dan yang didaftarkan atau selainnya yang diiktiraf oleh negara asing sebagai cap dagangan

(di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di dalam negara asing itu yang berhubungan dengan cap dagangan) tetapi tidak termasuk cap dagangan suatu negara asing yang lain yang didaftarkan di dalam atau selainnya yang diiktiraf oleh negara asing menurut perkiraan salingan antara negara asing dengan negara asing lain.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, seksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai memberi pengiktirafan cap dagangan mana-mana negara asing bagi maksud pendaftaran di bawah Akta ini tetapi hendaklah ditafsirkan hanya dengan sebutan kebolehterimaan dokumen negara asing sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah.