Malaysia legislation
Section 148
Seksyen 148
(a)
semua perkara yang berhubungan dengan cap dagangan yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah
Akta ini; dan
(b)
apa-apa maklumat atau perkara lain yang berhubungan dengan cap dagangan sebagaimana yang difikirkan
136
Undang-Undang Malaysia perlu oleh Pendaftar.
(2)
Jurnal Rasmi Harta Intelek hendaklah tersedia kepada orang awam apabila dibayar fi yang ditetapkan.
(3)
Penyiaran dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek hendaklah menjadi notis yang mencukupi mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini.
(4)
Suatu salinan Jurnal Rasmi Harta Intelek hendaklah apabila pengemukaanya diterima dalam prosiding undang-undang sebagai keterangan tanpa bukti lanjut diberikan bahawa salinan itu telah disiarkan sedemikian.
(5)
Suatu salinan Jurnal Rasmi Harta Intelek hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya.
(6)
Jika Jurnal Rasmi Harta Intelek diterbitkan dalam lebih daripada satu bentuk, tarikh penyiaran Jurnal Rasmi Harta Intelek itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh Jurnal Rasmi Harta Intelek pertama disiarkan mengikut apa-apa jua bentuk.
Pemfailan elektronik