Malaysia legislation

Section 149

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 149

Harta Intelek yang hendaklah mengandungi—

(2)

Suatu dokumen yang difailkan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah memenuhi kehendak bagi pemfailan jika dokumen itu disampaikan atau dihantar kepada

Pendaftar mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar.

(3)

Suatu dokumen yang dikehendaki supaya dicap, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, jika dokumen itu difailkan secara elektronik, diperaku sebagai salinan benar atau disahkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(4)

Jika suatu dokumen yang dikehendaki supaya ditandatangani dan diaku saksi di bawah Akta ini difailkan secara elektronik, kehendak bagi pengakusaksian tandatangan itu tidak terpakai.

Cap Dagangan 137

(5)

Jika suatu dokumen difailkan secara elektronik dengan

Pendaftar, Pendaftar tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau peninggalan daripada apa-apa jua jenis atau walau bagaimanapun berbangkit yang terdapat dalam mana-mana dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1), jika kesilapan atau peninggalan itu berlaku atau berbangkit akibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan dalam perkhidmatan itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi menyediakan perkhidmatan itu atau tanpa pengetahuan Pendaftar.

Mengeluarkan dokumen secara elektronik