Malaysia legislation

Section 153

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 153

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seksyen 26, 27 dan 28

kecuali jika hal keadaan di bawah subseksyen (3) terpakai.

(3)

Jika atas sebab—

(a)

suatu kesilapan atau peninggalan oleh orang itu atau oleh ejen cap dagangan berdaftarnya;

(b)

hal keadaan di luar kawalan orang itu atau oleh ejen cap dagangan berdaftarnya; atau

(c)

suatu kesilapan atau tindakan di pihak Pejabat Cap

Dagangan, suatu perbuatan berhubung dengan permohonan bagi pendaftaran cap dagangan atau dalam prosiding di bawah Akta ini (yang bukan prosiding dalam Mahkamah) yang dikehendaki untuk dilakukan dalam masa yang tertentu belum dilakukan sedemikian, Pendaftar boleh melanjutkan masa untuk melakukan tindakan itu.

(4)

Masa yang diperlukan untuk melakukan tindakan di bawah subseksyen (3) boleh dilanjutkan walaupun masa itu telah habis tempoh.

Cara memberikan keterangan