Malaysia legislation
Section 160
Seksyen 160
(2)
Garis panduan atau arahan amalan yang dikeluarkan oleh
Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Jurnal
Rasmi Harta Intelek dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam garis panduan atau arahan itu.
(3)
Mana-mana orang yang dinyatakan dalam peruntukan di bawah Akta ini hendaklah mematuhi garis panduan dan arahan amalan itu.
(4)
Pendaftar boleh mengubah, mengkaji semula atau membatalkan apa-apa garis panduan atau arahan amalan.
(5)
Tertakluk pada subseksyen (4), tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa perubahan, kajian semula atau pembatalan garis panduan atau arahan amalan itu.
(6)
Mana-mana orang, pemohon atau tuan punya berdaftar yang tidak mematuhi mana-mana garis panduan atau arahan amalan
Pendaftar, jika garis panduan atau arahan amalan terpakai bagi orang, pemohon atau tuan punya berdaftar itu—
(a)
disifatkan telah gagal untuk memenuhi kehendak sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar yang menjadikan permohonan itu sebagai ditarik balik, luput, ditolak, dibatalkan atau sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; atau
(b)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Kuasa untuk meminda Jadual