Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(a)
tanda yang tidak boleh digambarkan secara grafik dan tidak boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain;
(b)
cap dagangan yang tidak mempunyai ciri distingtif;
(c)
cap dagangan yang semata-mata terdiri daripada tanda atau petunjuk yang boleh digunakan, dalam perdagangan, untuk menunjukkan jenis, kualiti, kuantiti, kegunaan spesifik, nilai, tempat asal geografi, ciri-ciri lain barang-barang atau perkhidmatan atau masa pengeluaran barang-barang atau penyampaian perkhidmatan; atau
(d)
cap dagangan yang semata-mata terdiri daripada tanda atau petunjuk yang telah menjadi kelaziman dalam bahasa semasa wilayah itu atau dalam amalan perdagangan yang bona fide dan telah menjadi kebiasaan.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(b), (c) dan (d), Pendaftar tidak boleh menolak untuk mendaftarkan suatu permohonan cap dagangan jika, sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran itu, cap dagangan itu sebenarnya telah memperoleh ciri distingtif hasil daripada penggunaannya.
(3)
Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu
Cap Dagangan 31
tanda sebagai cap dagangan jika tanda itu semata-mata terdiri daripada—
(a)
bentuk yang terhasil daripada sifat barang-barang itu sendiri;
(b)
bentuk barang-barang yang diperlukan untuk menghasilkan suatu yang teknikal; atau
(c)
bentuk yang memberikan nilai yang substansial pada barang-barang.
(4)
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan yang berikut sebagai suatu cap dagangan jika:
(a)
cap dagangan itu semata-mata terdiri daripada nama suatu negara; atau
(b)
cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi yang diiktiraf.
(5)
Sebagai tambahan kepada alasan dalam subseksyen (1), (3)
dan (4), Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan berdasarkan mana-mana alasan mutlak untuk penolakan pendaftaran yang berikut:
(a)
jika penggunaan cap dagangan itu berkemungkinan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang awam atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis;
(b)
jika cap dagangan itu adalah sedemikian rupa sehingga memperdayakan atau mengelirukan orang awam tentang sifat, kualiti atau tempat asal geografi barang-barang atau perkhidmatan itu;
(c)
cap dagangan yang bertentangan dengan kepentingan awam atau moral;
(d)
cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada apa-apa perkara yang mengaibkan atau yang menyinggung atau selainnya tidak berhak mendapat perlindungan oleh mana-mana mahkamah undang-undang;
32
Undang-Undang Malaysia
(e)
cap dagangan itu mengandungi perkara yang pada pendapat Pendaftar adalah atau berkemungkinan memudaratkan kepentingan atau keselamatan negara;
(f)
cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada nama atau gambaran lain tentang seseorang sama ada orang itu masih hidup atau telah mati melainkan jika pemohon itu memberi Pendaftar persetujuan orang itu, jika orang itu masih hidup, atau persetujuan wakil orang itu jika orang itu telah mati;
(g)
cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada bendera suatu negara, lambang kebangsaan, lambang, lambang kebesaran atau jata diraja melainkan jika pemohon memberi
Pendaftar pemberikuasaan daripada pihak berkuasa yang berwibawa atau organisasi antara kerajaan antarabangsa seperti yang dinyatakan dalam seksyen 78 atau 79, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(h)
cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada suatu perkataan yang biasa digunakan sebagai atau ialah nama mana-mana unsur kimia tunggal atau sebatian kimia tunggal yang diterima, yang dibezakan dengan campuran, atau yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia sebagai nama ketakpunyaan antarabangsa atau yang kelihatan hampir serupa dengan nama itu melainkan jika ia digunakan—
(i)
untuk menandakan hanya suatu jenama atau untuk membuat unsur atau sebatian sebagaimana yang dibuat oleh tuan punya cap dagangan atau pemegang lesen untuk membezakan elemen atau sebatian itu daripada yang dibuat oleh orang lain; dan
(ii)
berkaitan dengan nama atau perihalan yang sesuai terbuka untuk kegunaan umum; atau
(i)
cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada mana-mana tanda yang berikut atau tanda yang hampir serupa dengan mana-mana tanda itu hingga berkemungkinan disalah anggap sebagai tanda itu:
(i)
perkataan “Paten”, “Dipaten”, “Dengan Paten Surat
Diraja”, “Didaftarkan”, “Reka Bentuk Berdaftar”, dan
“Hak Cipta” atau perkataan-perkataan yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa jua bahasa; atau
Cap Dagangan 33
(ii)
apa-apa tanda sebagaimana yang ditetapkan.
Alasan relatif bagi penolakan pendaftaran