Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(2)
Perlindungan sementara yang diberikan di bawah subseksyen (1) tidak melanjutkan apa-apa tempoh keutamaan yang dituntut oleh seseorang pemohon dalam seksyen 26 dan jika hak keutamaan dituntut oleh pemohon selepas perlindungan sementara itu, tempoh keutamaan itu hendaklah kekal enam bulan dan hendaklah bermula dari tarikh yang barang-barang atau perkhidmatan itu dimasukkan dalam pameran itu.
(3)
Seseorang pemohon bagi pendaftaran cap dagangan yang barang-barang atau perkhidmatannya menjadi hal perkara bagi pameran di suatu pameran antarabangsa rasmi atau yang secara rasminya diiktiraf di Malaysia atau di mana-mana negara Konvensyen atau negara asing diisytiharkan dan yang memohon bagi pendaftaran cap dagangan itu di Malaysia dalam masa enam bulan dari tarikh yang barang-barang atau perkhidmatan itu mula-mula menjadi hal perkara pameran itu, atas permintaannya, hendaklah dikira sebagai memberikan hak keutamaan bagi maksud carian di bawah subseksyen 29(2) apabila barang-barang atau perkhidmatan itu mula-mula menjadi hal perkara pameran itu.
(4)
Keterangan bahawa barang-barang atau perkhidmatan yang mengandungi cap dagangan itu menjadi hal perkara bagi pameran di suatu pameran antarabangsa rasmi atau yang secara rasminya diiktiraf hendaklah melalui perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang kompeten pameran itu dan hendaklah difailkan dengan
Pendaftar apabila memfailkan permohonan untuk pendaftaran cap dagangan di Malaysia.