Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 29

(2)

Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1),

Cap Dagangan 39

Pendaftar hendaklah membuat suatu carian, setakat yang difikirkannya perlu, mengenai cap dagangan terdahulu.

(3)

Selepas pemeriksaan, jika Pendaftar mendapati bahawa permohonan itu memenuhi kehendak bagi pendaftaran cap dagangan,

Pendaftar hendaklah menyetuju terima permohonan itu.

(4)

Jika Pendaftar menyetuju terima permohonan bagi pendaftaran cap dagangan, Pendaftar hendaklah merekodkan tarikh pemfailan permohonan di bawah seksyen 22 sebagai tarikh pemfailan.

(5)

Jika permohonan bagi pendaftaran cap dagangan tidak memenuhi apa-apa kehendak bagi pendaftaran cap dagangan,

Pendaftar hendaklah memberitahu alasan penolakan sementara kepada pemohon melalui suatu notis bertulis dan pemohon hendaklah mempunyai peluang untuk—

(a)

membuat representasi;

(b)

meminda permohonan itu untuk memenuhi syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar untuk dikenakan;

atau

(c)

memberikan maklumat tambahan atau apa-apa maklumat lain atau keterangan, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar dalam notis bertulis itu.

(6)

Bagi maksud subseksyen (5)—

(a)

permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik jika pemhon tidak menjawab dalam tempoh yang dinyatakan oleh Pendaftar dalam notis bertulis itu;

dan

(b)

Pendaftar hendaklah menolak permohonan itu jika jawapan pemohon tidak memuaskan hati Pendaftar bahawa kehendak itu telah dipenuhi dan Pendaftar hendaklah, jika dikehendaki oleh pemohon, menyatakan secara bertulis alasan bagi penolakan sementara dengan sepenuhnya itu.

(7)

Pendaftar, atas permintaan oleh pemohon, boleh menangguhkan

40

Undang-Undang Malaysia apa-apa tindakan berhubung dengan permohonan bagi pendaftaran cap dagangan dalam hal keadaan yang ditetapkan dan bagi suatu tempoh yang ditetapkan.

(8)

Jika suatu rayuan terletak pada Mahkamah terhadap keputusan

Pendaftar yang berhubungan dengan penolakan sementara dengan sepenuhnya di bawah perenggan (6)(b)—

(a)

rayuan itu hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan;

(b)

Mahkamah hendaklah, jika perlu, mendengar pemohon dan Pendaftar; dan

(c)

rayuan itu hendaklah didengar berdasarkan bahan yang dinyatakan oleh Pendaftar telah digunakan oleh

Pendaftar dalam membuat keputusannya dan alasan lanjut bagi penolakan sementara bagi penyetujuterimaan permohonan itu tidak boleh dibenarkan oleh Pendaftar selain yang dinyatakan sedemikian kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

(9)

Bagi maksud perenggan (8)(c), jika mana-mana alasan lanjut bagi penolakan sementara itu diterima, pemohon berhak menarik balik permohonannya tanpa membayar kos dengan memberikan notis mengikut cara yang ditetapkan.

(10)

Dalam memutuskan suatu rayuan di bawah subseksyen (8),

Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah tertakluk pada apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan, jika ada, permohonan bagi pendaftaran cap dagangan itu disetuju terima.

(11)

Apa-apa permohonan bagi pendaftaran cap dagangan yang difailkan dan disetuju terima di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan yang dibenarkan oleh Pendaftar atau Mahkamah yang akan dibuat bagi permohonan itu, disifatkan telah dibuat pada tarikh permohonan itu.

(12)

Tanpa menjejaskan subseksyen (11), jika selepas penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran cap dagangan tetapi sebelum pendaftaran cap dagangan itu, Pendaftar berpuas hati—

Cap Dagangan 41

(a)

bahawa permohonan itu telah disetuju terima secara khilaf; atau

(b)

bahawa dalam hal keadaan khas kes itu, cap dagangan itu tidak akan didaftarkan atau akan didaftarkan tertakluk pada syarat atau pengehadan tambahan atau berlainan,

Pendaftar boleh membatalkan penyetujuterimaan itu dan meneruskan seolah-olah permohonan itu tidak pernah disetuju terima atau, berkenaan dengan hanya suatu cap dagangan yang didaftarkan tertakluk pada syarat atau pengehadan tambahan atau berlainan, mengeluarkan semula penyetujuterimaan baharu tertakluk pada syarat atau pengehadan tambahan atau berlainan.

Penafian sukarela, syarat atau pengehadan