Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Cap Dagangan 1976

[Akta 175];

16

Undang-Undang Malaysia

“cap dagangan berdaftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 16;

“cap kolektif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 72(1);

“cap perakuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 73(1);

“ciri distingtif” ertinya cap dagangan itu hendaklah boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan—

(a)

yang tuan punya cap dagangan itu wujud atau mungkin wujud hubungan dalam penjalanan perdagangan daripada barang-barang atau perkhidmatan; atau

(b)

dalam hal tiada hubungan itu wujud atau jika cap dagangan itu didaftarkan atau dicadang didaftarkan, tertakluk pada syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan, berhubung dengan penggunaan dalam takat pendaftaran itu;

“Daftar” ertinya Daftar Cap Dagangan yang disimpan di bawah seksyen 14;

“Daftar Antarabangsa” ertinya pengumpulan rasmi data berkenaan dengan pendaftaran antarabangsa bagi cap dagangan yang disenggara oleh Biro Antarabangsa Organisasi Harta Intelek

Dunia;

“ditetapkan” ertinya, berhubung dengan prosiding di hadapan

Mahkamah atau prosiding permulaan baginya atau prosiding yang berkaitan dengannya, ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91], dan dalam hal lain, ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“Konvensyen Paris” ertinya Konvensyen Paris bagi Perlindungan

Harta Perindustrian bertarikh 20 Mac 1883 sebagaimana yang disemak dari semasa ke semasa;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi;

“negara asing yang diisytiharkan” ertinya suatu negara yang

Cap Dagangan 17

diisytiharkan oleh Menteri di bawah subseksyen 27(1);

“negara Konvensyen” ertinya suatu negara yang menjadi pihak kepada mana-mana triti berbilang pihak yang berhubungan dengan cap dagangan yang Malaysia juga pihak kepadanya;

“pemegang lesen” ertinya orang yang berhak untuk menjalankan haknya di bawah Bahagian X apabila diberi kuasa oleh tuan punya berdaftar cap dagangan;

“Pendaftar” ertinya orang yang dilantik sebagai seorang Pendaftar

Cap Dagangan di bawah subseksyen 10(1);

“pendaftaran antarabangsa” ertinya pendaftaran suatu cap dagangan dalam Daftar Antarabangsa;

“pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan Malaysia”

ertinya suatu cap dagangan yang mendapat perlindungan hasil daripada pendaftaran antarabangsa bagi cap dagangan itu yang diperluas ke Malaysia;

“pengehadan” ertinya pengehadan hak ke atas penggunaan eksklusif suatu cap dagangan yang diberikan melalui pendaftaran cap dagangan itu termasuk pengehadan hak ke atas—

(a)

cara penggunaan;

(b)

penggunaan di dalam sesuatu kawasan wilayah di dalam Malaysia; atau

(c)

penggunaan berhubung dengan barang-barang yang akan dieksport ke suatu pasaran di luar Malaysia atau penggunaan berhubung dengan perkhidmatan yang akan disediakan di suatu tempat di luar Malaysia;

“Penolong Pendaftar” dan “Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilantik di bawah subseksyen 10(3) untuk menjadi Penolong

Pendaftar Cap Dagangan atau Timbalan Pendaftar Cap Dagangan;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002

[Akta 617];

“perdagangan” termasuklah apa-apa perniagaan atau profesion;

18

Undang-Undang Malaysia

“Perjanjian TRIPS” ertinya Perjanjian mengenai Aspek yang berhubungan dengan Perdagangan bagi Hak Harta Intelek 1994 yang merupakan Lampiran 1C kepada Perjanjian Penubuhan Pertubuhan

Perdagangan Dunia;

“permohonan Konvensyen” ertinya suatu permohonan bagi perlindungan cap dagangan di dalam suatu negara Konvensyen;

“perpindahan” ertinya perpindahan dengan—

(a)

kuat kuasa undang-undang;

(b)

pemberian berwasiat; atau

(c)

apa-apa cara pemindahmilikan lain kecuali penyerahhakan;

“petunjuk geografi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Petunjuk Geografi 2000 [Akta 602];

“tanda” termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, label, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya;

“transaksi boleh daftar” ertinya transaksi yang ditentukan oleh

Pendaftar dalam garis panduan atau arahan amalan di bawah seksyen 160;

“tuan punya berdaftar” ertinya orang yang pada masa sekarang tercatat dalam Daftar sebagai tuan punya berdaftar cap dagangan itu.

Takrif “cap dagangan”