Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 32

(2)

Mana-mana orang boleh menarik balik permohonan itu atau menyekat barang-barang atau perkhidmatan itu jika hak atau kepentingan yang terhadapnya pemohon itu bergantung untuk pemfailan permohonan itu, notis atau permintaan itu telah menjadi terletak hak padanya.

(3)

Orang yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah memberitahu Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan bahawa hak atau kepentingan itu telah terletak hak padanya.

(4)

Jika penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran suatu cap dagangan telah disiarkan di bawah seksyen 31, notis penarikbalikan atau sekatan barang-barang atau perkhidmatan bagi permohonan itu juga hendaklah disiarkan.

(5)

Apa-apa penarikan balik atau sekatan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh dibatalkan jika permohonan bagi penarikbalikan atau sekatan itu telah dikuatkuasakan oleh Pendaftar.

Cap Dagangan 43

Pindaan permohonan bagi pendaftaran cap dagangan