Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
permohonan itu tidak dibangkang dan tempoh bangkangan telah habis tempoh; atau
(b)
permohonan itu telah dibangkang dan bangkangan yang telah diputuskan memihak kepada pemohon,
Pendaftar hendaklah, melainkan jika permohonan itu telah
48
Undang-Undang Malaysia disetuju terima dengan khilaf, mendaftarkan cap dagangan itu dalam Daftar atas nama tuan punyanya, dan cap dagangan yang didaftarkan sedemikian hendaklah didaftarkan pada tarikh pemfailan permohonan bagi pendaftaran dan tarikh itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh pendaftaran.
(2)
Selepas pendaftaran suatu cap dagangan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepada tuan punyanya suatu pemberitahuan mengenai pendaftaran cap dagangan itu dengan meterai Pendaftar.
(3)
Jika tuan punya berdaftar itu berhasrat untuk mendapatkan suatu perakuan pendaftaran, Pendaftar hendaklah mengeluarkan perakuan pendaftaran yang hendaklah bersamaan dengan pemberitahuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2).
(4)
Suatu permohonan bagi suatu perakuan pendaftaran di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat oleh tuan punya berdaftar mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.