Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(2)
Pendaftaran cap dagangan boleh dibaharui, bagi beberapa atau semua kelas barang-barang atau perkhidmatan, atas permintaan tuan punya berdaftar mengikut bentuk yang ditentukan oleh
Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(3)
Jika beberapa kelas barang-barang atau perkhidmatan pendaftaran perlu dibaharui, seksyen 37 boleh terpakai.
(4)
Jika permintaan bagi pembaharuan dibuat pada atau sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran, fi yang kena dibayar ialah fi pembaharuan sebagaimana yang ditetapkan.
(5)
Jika permintaan bagi pembaharuan dibuat dalam tempoh enam bulan selepas tarikh habis tempoh pendaftaran, fi yang kena dibayar ialah fi pembaharuan sebagaimana yang ditetapkan dan suatu surcaj boleh dikenakan.
(6)
Permintaan bagi pembaharuan hendaklah dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas tarikh habis tempoh pendaftaran.
(7)
Pembaharuan hendaklah berkuat kuasa dari habis tempoh pendaftaran terdahulu.
50
Undang-Undang Malaysia
(8)
Jika pendaftaran tidak dibaharui mengikut seksyen ini dan peraturan-peraturan yang disebut dalam subseksyen (4) atau (5), cap dagangan itu hendaklah disifatkan dikeluarkan.
(9)
Jika cap dagangan itu telah disifatkan dikeluarkan, tuan punya berdaftar boleh memohon bagi kemasukan semula pendaftaran yang dikeluarkan itu dalam masa enam bulan dari tarikh dikeluarkan mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi kemasukan semula sebagaimana yang ditetapkan.
(10)
Jika kemasukan semula di bawah subseksyen (9) tidak dimohon dalam tempoh enam bulan dari tarikh cap dagangan itu disifatkan dikeluarkan, pendaftaran itu hendaklah terhenti.
(11)
Pembaharuan atau kemasukan semula pendaftaran suatu cap dagangan hendaklah disiarkan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek.
Status cap dagangan yang tidak dibaharui