Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(a)
membetulkan suatu kesilapan atau mencatatkan apa-apa perubahan tentang nama, alamat atau perihal tuan punya berdaftar;
52
Undang-Undang Malaysia
(b)
membetulkan butir-butir perihal barang-barang atau perkhidmatan yang berkenaan dengannya cap dagangan didaftarkan tanpa memperluas dalam apa-apa cara hak yang diberikan dengan pendaftaran cap dagangan sedia ada; atau
(c)
mencatatkan suatu penafian yang berhubungan dengan cap dagangan itu tanpa memperluas dalam apa-apa cara hak yang diberikan dengan pendaftaran cap dagangan sedia ada.
(2)
Pendaftar boleh, atas permintaan oleh seorang pemegang lesen suatu cap dagangan mengikut bentuk yang ditentukan oleh
Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, membetulkan suatu kesilapan atau mencatatkan apa-apa perubahan tentang nama, alamat atau perihal pemegang lesen itu.
(3)
Pendaftar boleh membuat apa-apa pembetulan dalam Daftar yang berbangkit daripada subseksyen (1) dan (2) dan boleh, atas budi bicaranya, membetulkan apa-apa kesilapan atau peninggalan dari segi perkeranian berkenaan dengan apa-apa pendaftaran cap dagangan dalam Daftar.
(4)
Suatu pemberitahuan mengenai pendaftaran hendaklah dikeluarkan oleh Pendaftar mengenai kelulusan pembetulan sebagaimana yang diminta di bawah subseksyen (1) dan (2), dan pembuatan, jika ada, pembetulan di bawah subseksyen (3).
(5)
Walau apa pun subseksyen (1) hingga (4), tertakluk pada tatacara yang ditetapkan berhubung dengan permohonan pembetulan, mana-mana orang yang mempunyai kepentingan yang mencukupi boleh memohon kepada Mahkamah untuk membetulkan apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam Daftar.
(6)
Apa-apa permohonan bagi pembetulan di bawah subseksyen (5) tidak boleh dibuat berkenaan dengan perkara yang menyentuh kesahan pendaftaran cap dagangan.
(7)
Kecuali jika Mahkamah mengarahkan sebaliknya, jika suatu pembetulan dibuat dalam Daftar, kesilapan atau peninggalan berhubung dengan pembetulan itu hendaklah disifatkan tidak pernah berlaku.
Cap Dagangan 53
Pemotongan sukarela cap dagangan berdaftar