Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(a)
jika suatu notis bangkangan terhadap pendaftaran telah difailkan, mengikut subseksyen 35(1), Pendaftar tidak mengambil kira bangkangan itu dalam membuat keputusan untuk mendaftarkan cap dagangan itu; atau
(b)
jika sebelum pendaftaran, mana-mana orang telah memohon suatu pelanjutan tempoh bagi pemfailan suatu notis bangkangan terhadap pendaftaran, Pendaftar tidak mengambil kira permohonan bagi pelanjutan masa itu dalam membuat keputusan untuk mendaftarkan cap dagangan itu.
(2)
Pembatalan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada bila Pendaftar menyedari kegagalannya untuk mengambil
54
Undang-Undang Malaysia kira bangkangan atau permohonan bagi pelanjutan masa untuk memfailkan notis bangkangan dalam masa dua bulan dari notis itu difailkan atau permohonan itu telah dibuat.
(3)
Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran cap dagangan itu dalam masa satu bulan dari masa dia menyedari kegagalan untuk mengambil kira bangkangan atau permohonan bagi pelanjutan masa itu.
(4)
Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran cap dagangan, dalam masa dua belas bulan dari tarikh pendaftaran cap dagangan, jika Pendaftar berpuas hati bahawa adalah munasabah untuk membatalkan pendaftaran itu, dengan mengambil kira—
(a)
apa-apa obligasi Malaysia yang berkaitan di bawah perjanjian atau konvensyen antarabangsa; atau
(b)
apa-apa hal keadaan khas yang menjadikannya sesuai—
(i)
untuk tidak mendaftarkan cap dagangan itu; atau
(ii)
untuk mendaftarkan cap dagangan itu hanya jika pendaftaran itu tertakluk pada penafian, syarat, pindaan, pengubahsuaian atau pengehadan yang baginya pendaftaran itu tidak tertakluk.
(5)
Walau apa pun subseksyen (2), jika Pendaftar kemudiannya menyedari kegagalan itu, dia boleh membatalkan pendaftaran di bawah subseksyen (4).
(6)
Sebelum pembatalan cap dagangan, Pendaftar hendaklah memberikan suatu notis mengenai cadangan pembatalan itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar kepada orang yang berikut:
(a)
tuan punya berdaftar cap dagangan itu; dan
(b)
mana-mana orang yang direkodkan di bawah Bahagian IX sebagai menuntut suatu hak berkenaan dengan, atau suatu kepentingan dalam, cap dagangan itu.
(7)
Pendaftar tidak boleh membatalkan pendaftaran cap dagangan
Cap Dagangan 55
tanpa memberikan peluang untuk didengar kepada orang yang berikut:
(a)
tuan punya berdaftar cap dagangan itu; atau
(b)
mana-mana orang yang direkodkan di bawah Bahagian IX sebagai menuntut suatu hak berkenaan dengan, atau suatu kepentingan dalam, cap dagangan itu.
(8)
Jika Pendaftar membatalkan pendaftaran di bawah seksyen ini—
(a)
pendaftaran itu hendaklah disifatkan tidak pernah berlaku; dan
(b)
pendaftaran yang dibatalkan hendaklah tertakluk pada pemeriksaan atau prosiding lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
(9)
Pendaftar tidak mempunyai kewajipan untuk menimbangkan sama ada atau tidak untuk membatalkan apa-apa pendaftaran walau apa pun apa-apa permintaan kepada Pendaftar untuk berbuat demikian.
Pembatalan pendaftaran oleh Mahkamah atas ketiadaan penggunaan cap dagangan