Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 47

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika cap dagangan itu didaftarkan dengan melanggar perenggan 23(1)(b), (c) atau (d), cap dagangan itu tidak boleh diisytiharkan tidak sah jika, pendaftaran suatu cap dagangan itu telah memperoleh ciri distingtif selepas pendaftarannya akibat daripada penggunaannya berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang baginya ia didaftarkan.

(3)

Pendaftaran cap dagangan boleh diisytiharkan tidak sah oleh

Mahkamah atas permohonan oleh orang yang terkilan atas alasan bahawa—

(a)

terdapat cap dagangan terdahulu di bawah subseksyen 24(1), (2)

atau (3); atau

(b)

terdapat hak terdahulu di bawah subseksyen 24(4).

(4)

Pendaftaran cap dagangan tidak boleh diisytiharkan tidak sah di bawah subseksyen (3) jika tuan punya cap dagangan terdahulu atau hak terdahulu telah bersetuju dengan pendaftaran itu.

(5)

Jika suatu cap dagangan telah didaftarkan atas alasan bahawa terdapat penggunaan bersama yang jujur bagi cap dagangan itu dan cap dagangan terdahulu atau hak terdahulu yang lain, sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 25, pendaftaran cap dagangan tidak boleh diisytiharkan tidak sah di bawah subseksyen (3) melainkan jika Pendaftar atau Mahkamah berpuas hati bahawa pada hakikatnya tiada penggunaan bersama yang jujur bagi cap dagangan itu dan cap dagangan terdahulu atau hak terdahulu yang lain.

(6)

Pendaftaran cap dagangan boleh diisytiharkan tidak sah oleh

Mahkamah atas permohonan oleh seseorang yang terkilan atau

Pendaftar atas alasan fraud dalam pendaftaran atau pendaftaran itu diperoleh dengan salah nyataan.

58

Undang-Undang Malaysia

(7)

Jika alasan ketidaksahan wujud berkenaan dengan hanya beberapa barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan, cap dagangan itu hendaklah diisytiharkan tidak sah berkenaan dengan barang-barang atau perkhidmatan itu sahaja.

(8)

Jika pendaftaran cap dagangan diisytiharkan tidak sah sehingga apa-apa takat, pendaftaran pada takat itu hendaklah disifatkan tidak pernah dibuat, tetapi ini tidak menyentuh transaksi yang lalu dan yang telah ditutup.