Malaysia legislation

Section 48

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 48

(a)

untuk menggunakan cap dagangan itu; dan

(b)

untuk membenarkan orang lain untuk menggunakan cap dagangan itu, berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan.

(2)

Tuan punya berdaftar mempunyai hak untuk mendapatkan relief bagi pelanggaran cap dagangannya.

(3)

Perbuatan yang terjumlah kepada pelanggaran cap dagangan dinyatakan dalam seksyen 54 dan sebutan mengenai pelanggaran suatu cap dagangan berdaftar hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(4)

Hak itu hendaklah terakru kepada tuan punya dari tarikh pendaftaran cap dagangan itu kecuali bahawa—

(a)

tiada prosiding pelanggaran boleh dimulakan sebelum

Cap Dagangan 59

tarikh cap dagangan itu sebenarnya didaftarkan; dan

(b)

tiada kesalahan di bawah seksyen 99 hingga 102

dilakukan oleh apa-apa yang dibuat sebelum tarikh cap dagangan itu sebenarnya didaftarkan.

(5)

Jika cap dagangan didaftarkan tertakluk pada apa-apa penafian, syarat, pindaan, pengubahsuaian atau pengehadan, hak tuan punya disekat oleh penafian, syarat, pindaan, pengubahsuaian atau pengehadan itu.

Pengehadan atas hak jika cap dagangan yang hampir serupa, dsb., didaftarkan oleh orang berlainan