Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), jika cap dagangan itu terdiri daripada tanda itu, tuan punya berdaftar—
(a)
tidak mempunyai apa-apa hak eksklusif untuk menggunakan, atau membenarkan orang lain untuk menggunakan, cap dagangan itu berhubung dengan—
60
Undang-Undang Malaysia
(i)
artikel atau bahan atau barang-barang lain dengan perihal yang sama; atau
(ii)
perkhidmatan atau perkhidmatan lain dengan perihal yang sama, dan
(b)
dikira sebagai tidak lagi mempunyai hak eksklusif itu dari dan termasuk hari yang ditentukan oleh Mahkamah di bawah subseksyen (4).
(3)
Bagi maksud subseksyen (1), jika cap dagangan itu mengandungi tanda itu, tuan punya berdaftar—
(a)
tidak mempunyai apa-apa hak eksklusif untuk menggunakan, atau membenarkan orang lain untuk menggunakan, tanda itu berhubung dengan—
(i)
artikel atau bahan atau barang-barang lain dengan perihal yang sama; atau
(ii)
perkhidmatan atau perkhidmatan lain dengan perihal yang sama; dan
(b)
dikira sebagai terhenti untuk mempunyai hak eksklusif itu dari hari yang ditentukan oleh Mahkamah di bawah subseksyen (4).
(4)
Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), Mahkamah boleh menentukan hari yang suatu tanda mula-mula diterima secara amnya dalam perdagangan yang berkaitan sebagaimana tanda yang memperihalkan atau ialah nama artikel, bahan atau perkhidmatan.
Cap dagangan yang berhubungan dengan artikel, dsb., yang dahulunya dihasilkan di bawah paten