Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
(a)
suatu cap dagangan berdaftar mengandungi atau terdiri daripada tanda yang memperihalkan atau ialah nama bagi—
(i)
suatu artikel atau bahan yang dahulunya dieksploitasi di bawah suatu paten; atau
Cap Dagangan 61
(ii)
perkhidmatan yang dahulunya disediakan sebagai proses yang dipatenkan;
(b)
sekurang-kurangnya sudah dua tahun sejak paten habis tempoh atau terhenti; dan
(c)
tanda itu merupakan satu-satunya cara yang diketahui umum untuk memperihalkan atau mengenal pasti artikel, bahan atau perkhidmatan.
(2)
Jika cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada tanda dalam subseksyen (1), tuan punya berdaftar—
(a)
tidak mempunyai apa-apa hak eksklusif untuk menggunakan, atau membenarkan orang lain untuk menggunakan cap dagangan atau tanda itu berhubung dengan—
(i)
artikel atau bahan atau barang-barang lain dengan perihal yang sama; atau
(ii)
perkhidmatan atau perkhidmatan lain dengan perihal yang sama; dan
(b)
dikira terhenti daripada mempunyai hak eksklusif itu dari akhir tempoh dua tahun selepas paten itu habis tempoh atau terhenti.
Pendaftaran ialah keterangan prima facie