Malaysia legislation

Section 54

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 54

(2)

Seseorang melanggar suatu cap dagangan berdaftar jika, tanpa persetujuan tuan punya cap dagangan itu, dia menggunakan dalam penjalanan perdagangan suatu tanda—

(a)

yang serupa dengan cap dagangan itu dan digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang hampir serupa dengan barang-barang atau

Cap Dagangan 63

perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan; atau

(b)

hampir serupa dengan cap dagangan itu dan digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang serupa dengan atau hampir serupa dengan barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan, menyebabkan kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang menggunakan suatu tanda jika dia—

(a)

memakaikan tanda itu pada barang-barang atau pembungkusan barang-barang;

(b)

menawarkan atau mendedahkan barang-barang dengan tanda itu bagi jualan;

(c)

meletakkan barang-barang di pasaran dengan tanda itu;

(d)

menyimpan barang-barang dengan tanda itu bagi maksud menawarkan atau mendedahkan barang-barang itu bagi jualan atau meletakkannya di pasaran;

(e)

menawarkan atau membekalkan perkhidmatan dengan tanda itu;

(f)

mengimport atau mengeksport barang-barang dengan tanda itu;

(g)

menggunakan tanda itu pada invois, katalog, surat perniagaan, kertas kerja perniagaan, senarai harga atau dokumen komersial lain, termasuk apa-apa dokumen dalam apa-apa perantara; atau

(h)

menggunakan tanda itu dalam iklan.

(4)

Seseorang yang—

(a)

memakaikan cap dagangan berdaftar pada apa-apa bahan yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan

64

Undang-Undang Malaysia bagi pelabelan atau pembungkusan barang-barang; atau

(b)

menggunakan suatu tanda dalam iklan atau pada apa-apa dokumen yang diperihalkan dalam perenggan (3)(g), hendaklah dikira sebagai pihak yang menggunakan bahan yang melanggar cap dagangan berdaftar itu jika semasa dia memakaikan cap dagangan itu, dia mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pemakaian cap dagangan itu tidak mendapat kebenaran daripada tuan punya berdaftar cap dagangan itu atau pemegang lesennya.

Perbuatan yang tidak terjumlah sebagai pelanggaran